Showing posts with label CERITA ILMU. Show all posts
Showing posts with label CERITA ILMU. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

jangan terlalu bangga dengan gelaran dekan

"Mak jumpa Firdaus dekat kedai tadi, tengok keretanya jenama dari oversea, baru lagi. Katanya dia buat business sekarang, dulu kerja dekat Tanjung Malim." Ujar emak saya.
Teh yang masih berwap panas itu saya hirup sedikit. Berita di televisyen saya lihat dengan pandangan kosong. Mungkin otak ligat memahami maksud tersirat di hati emak.
"Mak rasa kejayaan yang sebenar apa dia?" Saya bertanya pula kepada emak.
Emak diam. Berfikir mungkin dengan soalan saya.
"Kita ni selalu pandang kejayaan material je, kereta besar, rumah besar, jawatan hebat. Tapi kejayaan yang sebenarnya ialah apabila kita berjaya jadi insan yang beragama, itu kejayaan maknawi. Mana yang mak nak? Anak berjaya rumah besar, kaya tapi malas solat, tak hormat ibu bapa, cucu pula tak reti solat semua atau mak nak anak yang ada rumah biasa, tak mewah macam kita sekarang tapi isi rumahnya beragama?" Saya bersoal lagi.
"Ish, mestilah mak nak yang hormat mak ayah, beragama semua. Tak nak anak yang kaya rupa tu."
"Nah, mak sendiri dah tahu pilihan mak apa dia, tapi orang masih memandang yang rupa dari isi."
Mak diam lagi. Pandangannya mungkin tembus ke televisyen.
Ini adalah pemikiran masyarakat yang saya rata-rata berfikiran sedemikian rupa. Mengukur kejayaan dari harta dan kekayaan yang diperolehi. Entah, saya sendiri tidak tahu di mana silapnya. Jika ada anak yang punya akhlak baik, beragama walau kurang berjaya dalam akademik, tidak pula mahu dipandang dan dikatakan berjaya.
Jika ditanya kepada saya, apakah erti kejayaan yang sebenar?
Maka wajib bagi saya menjawab bahawa kejayaan itu adalah apabila kita mampu menjadi manusia rabbani, yang beragama. Apabila kita merasakan segala perbuatan itu bermatlamatkan Allah, maka automatik segala suis akan dihidupkan untuk memacu diri mencapai kejayaan dari pelbagai sudut dunia dan akhirat.
Sahabat sekalian,
Mungkin bagi pelajar, masih berada di 'mood' mendapat keputusan peperiksaan, ada yang gembira tidak terkata, kecewa tidak terhingga, tersenyum puas, atau memandang bersahaja.
Tidak terkecuali juga saya. Alhamdulillah, diberi kecemerlangan tidak disangka. Namun dalam pada masa yang sama, saya takut andai ujian ini membuatkan saya jauh dari Allah malah mengundang pula kemurkaan-Nya. Maka saya bermuhasabah.
Saya mahu membawa anda bermuhasabah bersama. Ayuh kita, buat para penerima anugerah dekan ini pesanan khusus untuk anda.
Sering saya melihat dan mendengar cerita dari rakan-rakan. Berbaur nada tidak puas hati, cemburu atau apa- apa sahaja.
"Harap je dapat anugerah dekan, tapi meniru juga, bawa toyol masa test."
Mungkin anda juga pernah mendengarnya, bahkan mungkin juga sebenarnya itu adalah diri anda!
Inilah yang saya katakan, kejayaan yang bukan maknawi. Kita berjaya tapi kita tidak mampu menjadi orang beragama.
Kita berjaya tapi kita masih lagi sombong dengan Allah.
Malas untuk solat, tidak menutup aurat dengan sempurna, mulut masih tidak reti dijaga, pentingkan diri sendiri, dengan ibu bapa tidak pula kita hormat dan meninggi diri, masih lagi meniru dan banyak lagi.
Ini cuma sebahagian sahaja.
Muhasabah sahabat.
Muhasabah para pemegang dekan sekalian.
Ini bukan artikel bernada cemburu! Tetapi ini peringatan untuk diri saya dan anda.
Jika diri masih tidak sedar, maka awaslah bahawa hati anda sudah mula ada penyakit.
Berdoalah wahai diri, mintalah kepada Allah agar kejayaan atau kegagalan yang diperolehi ini mampu membawa kita dekat dengan Allah, mampu memberikan kita tenaga untuk menjadi penegak kalimah Allah.
Jalan Allah untuk mentarbiyah hambanya cukup cantik dan sempurna.
" Kak Suhana, tiba-tiba mahu kata-kata motivasi untuk diri ini, rasa down sikit dengan result exam."
Saya mendapat kiriman di facebook.
" Adikku, tika kau lemah, jadikan Allah sebagai tempat untuk meluah rasa. Tika kau goyah, kau perlu kuat kerana kau pembawa Agama.Tika kau rebah, kau harus tabah kerana kau mujahidah muda. Ingat, kegagalan adalah kejayaan yang ditangguhkan, jangan berputus asa! Sesungguhnya orang yang berputus asa itu jauh dari rahmat Allah SWT. Sungguh Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu."
Saya membalas kiriman tersebut.
"Alhamdulillah, terima kasih Kak Suhana atas kata motivasi, bermakna sangat buat saya. Hampir saya terlupa bahawa Allah beri ni ada sebabnya, kena tampal lubang-lubang usaha yang bocor."
Sungguh, kegagalan itu adalah kejayaan yang tertangguh. Gagal hari ini, maka ada kejayaan besar yang menanti.
Berjaya atau gagal, kembalilah kepada Allah setiap saat dan detik, kerana Dialah Yang Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.

Tuesday, September 13, 2011

Memperlakukan ayah seperti kucing???

Seorang lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.

Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut.

Prannnnngggggg ... !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.

"Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik.

Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan. Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.

Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik:"Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang."

Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu. Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu.

"Oh! Ya..." bisiknya.Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.

"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.

Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum. Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya.

"Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.

"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva.

Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.

"Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan.

Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.

Wednesday, August 10, 2011

Dia sebaYA aDik Ku...............


Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!


Kerana Aku Lelaki............


Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Saya tidak mengerti".

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"

Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah- olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting- tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih- payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."


Moral:
seburuk mana pun dia.....dia tetap ayah kita...................
Bila ayah masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah telah tiada, jangan putuskan tali siratulrahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Tuhan selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Jangan pernah malu untuk mengatakan sayang kepada ayah....


Saturday, July 30, 2011

perjalanan kelmarin.....................................

Allah...Allah...Allah...

senyum ku apabila membuka mata pinjaman  milikmu yaAllah pagi ini...
kusenyum dan bersyukur kerana masih boleh menghirup udaramu...masih boleh melihat,mendegar apatah lagi berkata2...

baru ku tersedar...ku berada ditempat yg asing bagiku...dirumah sahabiah seperjuanganku...kak aisyah. Ya baru ku teringat..setelah Liqa' bersama sahabiah pagi jumaat nan indah kelmarin...kami ke rumah kak aisyah.

sebelum itu..ingin ku kongsikan cerita sepanjg liqa' kami bersama..alhmdulillah ramai sahabat baru yg ku kenali..
Dalam menyusur kereta yang dipandu kak nurul untuk ke tempat liqa' kami...signal kiri diberikan...lalu ternampak dua org gadis bersih cntik mulus tersenyum kearah kami...kak nurul menjemput mereka masuk kedalam perut kereta.."masuklah dik..." sambil dia tersenyum menghadiahkan sedekah yg paling mudah...ku yang berada disebelah kak nurul memulakan perbualan...bersalaman dan bertaaruf serba sedikit..."fatimah dan zarina....panggil saya na..dan saya akak boleh panggil fatimah..." sambil mereka tersenyum...

Alhmdulillah tepat pukul 8.30 pagi..kami tibe di tempat liqa'. tempat yang tidak asing lagi bagiku dan kami para sahabiah seperjuangan...sudah ada 3 sahabiah sadang menanti kami..
acara kami bermula...dan bertaaruflah kami sambil senyum tak lekang dari bibir..masing2....

senyum kerana kegembiraan menjadi pilihan Allah untuk dtg ke liqa' ukhwah ahli dalaman kami...Allah Hu.....
"saya izyan...lepasan Uia...dalam bidang architecture...nk cari kerja dekat2 area ni je..senang nk bergerak kerja....;)"
 mantop...sudah ditarbiah barang kali...kata ku didlalm hati.... ;)
sya ema...jurusan TESL...di UK...
saya sarah...masih lagi belajar...kata si muslimah berselendang merah berjubah hitam...



Syabas antumna semua...kalian penggerak tali Allah....kami isikan masa kami dengan aktivi yang kami rancang...pelbagai perkongsian...kami kumpul dan kongsi bersama...

jemaah zohor kami bersama..berslamn dan memeluk erat sahabat bersama2...akhirnya...liqa' kami tamat jam 3.30 petang....

perjalanan ku masih diteruskan...bersama kak aisyah dan kak nurul ke bumi Bandaraya Islam...tempat kesukaan kami bertiga...berbekalkn kek yg kak aisyah buat...kami suap menyuap kedalam mulut...Alhmdulillah...rezeki setelah makan nasi miyak dalam liqa' yg baru shja kami tinggalkan tadi....

kami singah di Kelantan Trade Center untuk round sempena PC-fair yang sedang berlangsung...nampaknya ade yg menarik perhatian ku....sikecil bulat yang water proof...hhmm...."kak aisyah cantikkan kn?" "cantik...jom kite dapatkan...." ;)
kami gerakkan lagi kaki kami....ternampak pula si bulat putih dan bewarna warni didalam nya....cantik....
"adik suke?" tanya kak nurul....."em..em....comel dan....YESS...like2....kami bertiga berpandgn...bersepakat....untuk mendapatkan sibulat itu...akhirnya.....hihi

penat berpusing2 di PC Fair....kami KBMall....nak sambung broadband kata salah seorang dari kami...setelah sampai perkara pertama yg kami cari adalah surau....Alhamdulillah boleh dikatakan setiap pasaraya di bandaraya islamik ini pasti ade kemudahan Rumah Allah....kami solat Asar bersama...
setelah siap...agenda kami..kami teruskan dgn broadband dan makan nasi di salah satu restoren masakan ala arab...

kami meneruskan perjlnan ke rumah kak aisyah...persiapkn diri untuk solat magrib dan isya'...kami bersiap untuk menziarahi rakan2 kak aisyah...ramai...tak terbilang...
kami melihat tygn bersama...."Laskar Pelangi" cerita yang amat terkesan dan membangun jiwa....
mesti tengok...penuh unsur2 ilmiah dan psikologi....sinopsis?? tak kot...

kami pulang...megntuk tdo....dan bertemu lah sang sabtu meninggalkan sang jumaat bersamaan 28 syaaban 1432 hijrah....29/7/2011...

Ya Rabbana...Doa ku tulus dan kudus terhadapmu...kekalknlah daku dijalan juangMu...menjadi sang pejuang yang tidak gentar walau terpaksa menggadai nyawa demi agamaMu YaAllah...Jadilah aku mujahidah yang cintakan perjuangan serta tak pernah surut dan gersang tanpa pentarbiyahan diri...istiqamahkanlah daku kejalan RedhoMU Ya Allah....Aaaaamin... 

Friday, July 22, 2011

Mujadadatunafs & Riadhatunnafs....

Dua orang pelajar sedang berjalan-jalan sambil berbual-bual. Seorang pelajar lebih tua dari yang seorang lagi. Dialog mereka seperti berikut.

Pelajar Muda :
Rupa-rupanya riadhatunnafs itu penting untuk kita memperbaiki diri. Saya ni tak tahulah. Kalau diuji, boleh ke tidak saya ni melakukan riadhatunafs.

Pelajar Tua :
Kalau dah diuji, apa pulak nak riadhatunafs. Mujahadah sajalah.

Pelajar Muda : Eh! Ada beza ke?

Pelajar Tua: Ialah. Mujahadatunafs itu memerangi atau melawan hawa nafsu. Kita kena menahan diri. Kalau kita diuji dengan kesusahan, kita tahan diri dari marah ke, melenting ke, kecewa ke, putus asa ke. Kalau kita diuji dengan kesenangan pula, kita kena tahan diri dari melonjak-lonjak kegembiraan dan lupa diri .

Pelajar Muda : Habis riadhatunnafs tu macam mana pulak?

Pelajar Tua : Riadhatunnafs itu latihan rohani. Konsepnya cari-cari pasal. Tak payah tunggu diuji. Kalau kita rasa kita ni penakut, bawa-bawalah diri jalan sorang-sorang dalam hutan waktu malam. Lebih baik lagi pilihlah malam hujan ribut dan angin kencang. Itu lagi berkesan.

Pelajar Muda : Ya Allah ngerinya! Tiada jalan lain yang lebih senang ke?

Pelajar Tua : Ada. Cari kawasan kubur lama yang terbiar yang penuh semak-samun dan pokok-pokok besar. Biar jauh sikit dari kampung orang, agak-agak kalau menjerit sekuat-kuat hati pun orang tak dengar. Bawalah diri tidur di celah-celah kubur sorang-sorang. Mula dari lepas Isyak sampai ke Subuh. Lebih baik pilih malam bulan mengambang. Cara ini mudah sikit, tak payah jalan-jalan. Tidur saja.

Pelajar Muda : Hee!! Ini dua kali ngeri.

Pelajar Tua : Yalah. Tapi dua kali ganda pulak keberkesanannya.

Pelajar Muda : Rasa-rasanya tak sangguplah saya.

Pelajar Tua : Itulah sebabnya tak ramai orang suka mendidik nafsu.


Allah berfirman dalam Al Qur'an :
Maksudnya
Dan mereka yang bersungguh-sungguh berjuang di jalan-jalan Kami pasti Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah pasti bersama dengan orang-orang baik. (Al Ankabut: 69)
Tuhan berjanji sungguh-sungguh akan membantu orang yang mujahadah tadi, Tuhan menegaskan lagi bahwa Tuhan bersama orang-orang yang berbuat baik... :)