PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran
Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita.
Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.
Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.
Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy
dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.
Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok
keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding
rumah.
Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.
Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts
Friday, October 14, 2011
Wednesday, August 10, 2011
Engkau @ kelapa Tua lebih Cantik...????
Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.
Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.
Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.
Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu.
Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah.Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak!
Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.
Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.
Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.
Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.
Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan.Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.
Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak keseluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:
"Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?"
Orang di dapur hanya menjawab, "Gulai ikan bawal."
Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.
Orang kata, "Oh! Sedap gulai ni.""Oh! Sedap ikan bawal ni."
Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli. Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!
Tuesday, August 2, 2011
aku juga bertasbih pada Allah......................
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda bahawa seekor semut telah menggigit seorang Nabi. Kemudian Nabi tersebut memerintahkan supaya dibakar sarang semut tersebut. Lalu dibakar dan terbakarlah sarang sebut bersama sekalian semut di dalamnya. Maka Allah mewahyukan kepadanya, "Adakah hanya kerana seekor semut menggigitmu maka engkau memusnahkan keseluruhan umat yang sentiasa bertasbih kepada Tuhannya?" -Hadis Riwayat al-Bukhari, Abu Daud, An-Nasaai dan Ibn Hibban.
Melalui hadis yang ringkas ini, jelaslah bahawa membunuh semut dengan sengaja adalah dilarang sebagaimana dilarang membunuh haiwan lainmelainkan jika binatang atau serangga tersebut membahayakan contohnya lipas, tikus, ular dan sebagainya.
Di dalam hadis ini juga Rasulullah sebenarnya mahu menegaskan bahawa semua haiwan termasuk haiwan sekecil semut turut bertasbih kepada Allah S.W.T. Maka siapalah kita untuk membunuh mereka sesuka hati tanpa sebab?
Sebelum disyariaatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W hukum membakar sarang haiwan adalah dibenarkan namun setelah disyariaatkan oleh Rasulullah S.A.W, perbuatan tersebut termasuk di dalam antara perbuatan yang dilarang dan tidak disukai oleh Allah.
Sumber tazkirah ringkas: 101 kisah dan pengajaran daripada al-Quran dan Hadis oleh Ustaz Zahazan Mohamed
Subscribe to:
Posts (Atom)




