Saturday, July 9, 2011

10 Sebab doa tidak diMAKBULKAN Allah s.w.t.

'Kenapa kau nampak blurr je ni sara...tak sihat ke?" "ntah la ika...aku cam takde mood je nk join program bersama ustazah petang esok.." "Eh..! kenapa plak jdi cam ni...bukan minggu lepas beria-ia kau daftarkan nama aku...knp tiba-tibe tak jdi plak ni?' 


Itu antara satu keluhan dari seorang sahabat,tentu setiap mood atau masalah yang timbul bermula dari dalam diri seseorang individu tersebut..

salah satu punca kemurungan adalah jauhnya hubungan kita dengan Sang Pencipta...yaitu Allah s.w.t.



Banyak sekali manusia atau rakan-rakan kita yang mengatakan kenapa setiap hari hingga bertahun-tahun berdoa tapi tidak sekali pun doa mereka di makbulkan?

TERHIJABNYA doa disebabkan 10 perkara..

1. Kamu mengenal Allah tapi tidak mentaatiNYa

2. Kamu mengenali Rasulullah tetapi tidak mengikutiNYA

3. Kamu mengetahui Al-Qoran tetapi tidak mengamalkannya


4. Kamu memakan kurniaanNYA tetapi tidak pernah mensyukuri


5. Kamu tahu syurga tetapi tidak mencarinya

6. Kamu tahu neraka namun tidak menghindarinya iaitu dengan meninggalkan maksiat dan dosa

7. Kamu mengenali syaitan namun tidak berusaha memeranginya bahkan menyambut ajakannya

8. Kamu tahu saat kematian semakin hampir namun tidak bersiap menghadapinya

9. Kamu pernah menguburkan mayat namun tidak mahu mengambil pengajaran daripadanya

10.Kamu bangun tidur lalu suka membetulkan kekurangan dan kesilapan orang lain tetapi tidak pernah membetulkan kesilapan diri sendiri.

Jadi bersama-samalah kita bermuhasabah diri kita dengan apa amalan dan tingkah laku kita supaya kita dapat berusaha untuk mengubah keperibadian yang tidak elok.

No comments:

Post a Comment